Saturday, November 1, 2008

Aziz M.Osman Berasa Ditipu

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro. com.my

KUALA LUMPUR: "Bukan salah dia. Dia tertipu..." kata Afida Es yang
mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46,
sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.

Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke
mahkamah syariah dan sudah selesai.

"Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya
masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke
mahkamah syariah, status perkahwinannya batal," katanya yang simpati
dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang
berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.

Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana
kecewa dan berasa ditipu.

"Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah
selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk
mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati
maklumat itu benar.

"Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal
kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah," katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz
bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.

"Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia
tetapi belum kesampaian," katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid
Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli
Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail
Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada
9 hingga 20 Mac lalu.

Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di
Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan
menawan hati.

No comments:

Post a Comment