Thursday, November 13, 2008
Sunday, November 9, 2008
Lanjutan Kisah Norman Dan Memey
Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuan dipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.
Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannya di aras 1 pejabat pelakon itu.
Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat norman hakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimahkamah.
Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombak yg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.
Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.
Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap dan mereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapan pejabat.
Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat
Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Memey yang memaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.
Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.
Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.
Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuah kerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tuala lembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.
Kami terus mencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kami menaiki tangga ke aras dua.
Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuah bilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya.
Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar "BOXER" (seluar lelaki). Sewaktu disoal siasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras dua sedangkan memey di aras satu " Kami tinggal berasingan"
Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri yang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati
Thursday, November 6, 2008
Tuesday, November 4, 2008
Monday, November 3, 2008
Kieran Dulu Era Kini Hot FM
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian. com.my
TEMPAT jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bekerja menimba 1001 pengalaman indah. Inilah yang terjadi kepada Maskiran Jaskiran atau Kieran yang secara rasmi sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Era FM apabila tamat kontrak sejak 31 Oktober lalu setelah hampir sedekad mengukuhkan nama sebagai penyampai radio di stesen itu.
Ia sekali gus mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa lelaki berusia 33 tahun ini kini menyertai stesen radio Hot FM berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 November lalu. Bagaimanapun, Kieran hanya mula ke udara di stesen yang dikenali dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa ini mulai hari ini.
Bukan niat untuk tidak mengiyakan persoalan rakan media sewaktu majlis perpisahan Kieran yang dianjurkan radio Era FM pada 24 Oktober lalu, sebaliknya Kieran terpaksa 'bohong sunat' bagi menghormati kontrak yang masih belum tamat antaranya dengan Era.
Biarpun bercampur aduk perasaan suami kepada Yang Azliyang Mohd Yunus ini saat meninggalkan stesen radio Era FM, perjuangan dan perjalanan Kieran masih panjang dan baru saja bermula di Hot FM. Mengikuti jejak Fara Fauzana yang semakin hebat memacu nama di Hot FM setelah meninggalkan Era, Kieran mengakui berat hati ketika membuat keputusan ini apatah lagi sejak 'kecil' hinggalah ke dewasa dia membina tapak sebagai penyampai radio Era.
"Memang saya sedih tetapi keputusan muktamad harus dibuat demi sebuah masa depan yang lebih baik di samping mencuba persekitaran baru dari Era ke Hot. Banyak kenangan yang saya timba dan lalui sewaktu di Era, ada pahit ada duka namun semuanya dikecapi dengan sebaik mungkin bersama-sama pendengar dan teman seperjuangan Era.
BERSAMA isteri, Yang Azilyang, yang kini hamil anak sulung mereka. |
Menurut sumber yang dipercayai, rombakan barisan penyampai dan segmen kendalian akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pendengar Hot FM juga boleh menentukan di mana atau siapakah yang bakal digandingkan dengan Kieran menerusi undian yang dilakukan melalui laman web www.hotfm.com. my. Sesi undian itu akan berlangsung selama dua minggu. Sidang media pengumuman penyertaan Kieran menyertai Hot FM juga sudah dilaksanakan pada 31 Oktober lalu di Planet Hollywood.
Tiada kena mengena dengan imbuhan
PEMILIHAN Kieran sebagai 'keluarga' Hot FM ditunjangi beberapa kriteria yang sekali gus melayakkan dirinya menjadi penyampai radio Hot FM. Mengakui begitu teruja untuk bertugas di tempat baru, Kieran memberitahu yang dia menerima tawaran stesen radio itu kerana beberapa faktor dan paling penting ia tiada kena mengena dengan imbuhan wang ringgit.
KEHADIRAN Kieran memeriahkan lagi konti Hot FM. |
"Risiko saya menyertai Hot FM atas kehendak diri sendiri dan tidak membabitkan mana-mana pihak lain. Tambahan pula, ramai kawan-kawan saya di Hot FM seperti Fara dan Seelan Paul. Seelan jugalah yang bertanggungjawab menyuruh saya menjadi penyampai radio," ungkap Seelan yang mengikat kontrak selama dua tahun dengan Hot FM.
Sudah bersedia untuk memikul tugas sebagai jentera barisan baru penyampai Hot FM, Kieran kini sedang membiasakan diri menghafal tagline Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa. Tiada istilah atau gelaran anak emas, Kieran sedia menyahut cabaran sebagai 'orang baru' dan junior di sana.
"Saya tidak pernah rasa apabila saya sudah keluar Era, saya sudah hebat. Saya tidak diminta diberi layanan istimewa kerana semua sama saja di mata saya. Sehingga saat ini, saya tidak tahu lagi pada waktu mana atau di slot mana saya bakal kendalikan nanti.
"Apabila berada di stesen Hot FM yang kini semakin mendapat perhatian dan menarik perhatian ramai pendengar seperti Era, ia satu cabaran untuk saya terus memberikan yang terbaik. Tidak kiralah di slot atau waktu mana sekalipun saya ditempatkan, saya berharap dapat terus berjuang menjadikan stesen radio ini sebagai yang terunggul di samping menarik sokongan pendengar baru dan lama," katanya yang teringin untuk mencuba cabang lain di dalam bidang pengacaraan contohnya seperti penyampai radio.
PROFIL: Kieran
Nama Sebenar: Maskiran Jaskiran
Tarikh Lahir: 24 April 1975
Umur: 33 Tahun
Drama: Forensik D-10
Idola: Ibu kesayangannya (Kamariah Abkar Ali)
Isteri: Yang Azliyang Mohd Yunus
Emel: kieran_hot@yahoo. com
Sepintas
Stesen radio Era: Tempat saya mula-mula dikenali dalam bidang penyiaran dan Era banyak berjasa kepada dirinya.
Hot FM: Perlambangan kepada merah, panas dan hangat. Ia tempat kerja barunya dan akan memperjuangkan stesen radio ini dengan azam menjadikan stesen radio nombor satu.
Kehidupan rumah tangga: Sangat membahagiakan.
Yang Azliyang: Isteri saya yang sedang mengandung lima bulan dan akan bersalin Insya-Allah pada tahun depan. Dialah penyokong kuat kerjayanya selama ini.
Anak: Mengimpikan anak lelaki dan nanti bolehlah jadi geng bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola sepak bersama-samanya.
Seelan Paul: Orang pertama yang menyuruhnya menjadi penyampai radio. Dia sifu yang banyak membimbing saya sejak dulu dan kini mereka bersatu kembali di Hot FM.
INFO:
Turut dipilih antara selebriti yang mengalih suara watak di dalam filem Teenage Mutant Ninja Turtles disiarkan di Star Movies. Kieran memegang watak Donatello.
Pernah menjadi bos kepada Fara Fauzana sewaktu mereka sama-sama menjadi skuad Perodua Era.
Apa kata rakan deejay
Linda Onn: "Ini rezeki, pilihan dan keputusan Kieran. Sebagai kawan saya menyokong apa juga keputusannya kerana Kieran lebih tahu berbanding kawan-kawan dan peminatnya. Semoga terus sukses dan selamat berjaya di tempat baru. Tempat jatuh lagi di kenang, harap Kieran tak lupa dengan Era dan kami semua di sini,"
Nana: "Pengalaman dapat bekerja sama-sama dengan Kieran satu peluang yang menyeronokkan. Semoga rezeki Kieran di sana akan terus mencurah-curah dan yang penting jangan lupa kawan-kawan dekat Era. Yang terbaik untuk Kieran, Insya-Allah terbaik juga untuk Nana sebagai kawannya. Ini mungkin satu detik perubahan dan permulaan buat Kieran meneruskan legasi di dalam dunia penyiaran."
Seelan Paul: "Hot FM sudah berada dalam posisi yang memberangsangkan dan kita tidak boleh terus leka dengan apa yang sudah dikecapi. Usaha berterusan perlu disambung demi memantapkan jentera penyampai Hot FM dan diharap kehadiran Kieran akan sama-sama memperkuatkan lagi kewujudan Hot FM.
"Kami sudah lama kenal sebagai kawan dan saya suka dengan keputusannya untuk menyertai kami. Saya pun suka dengan etika kerjanya dan akhirnya kami kembali bersatu di bawah satu bumbung. Selagi keutamaannya kepada Hot FM, kami tidak akan melarang untuk dia melakukan apa juga kerja dan minat selagi ia tidak menjejaskan prestasinya di Hot FM,"
Fara Fauzana: "Saya gembira dan teruja dengan keputusannya untuk menyertai Hot FM. Kehadiran dia (Kieran) memberi petanda untuk kami terus bersaing secara sihat dan positif dalam usaha memantapkan kedudukan Hot FM. Dulu, dia pernah jadi bos saya masa kami mengendalikan Skuad Perodua Era dan kini kami kembali bekerja di bawah syarikat yang sama. Dulu dia seorang bos yang garang tapi sangat cool dan baik.
"Tidak timbul soal tercabar atau habislah riwayat saya yang dikatakan konon-kononnya anak emas Hot FM dengan kehadirannya kerana isu itu tidak pernah timbul sama sekali. Kami di Hot FM umpama sebuah keluarga besar yang sangat mementingkan ciri kekeluargaan. "
Faizal Ismail: "Kami sudah kenal rapat sewaktu sama-sama di radio Era. Sebagaimana kawan yang lain, saya juga seronok dapat berjumpa kembali dia berada di bawah satu bumbung. Lepas ini, saya tak payah SMS atau hubungi dia lagi kerana jarak yang memisahkan.
"Generasi botak bertambah lagi selepas ini di Hot FM dan saya mengalu-alukan kedatangannya dengan hati terbuka. Harap dia dapat menyesuaikan keadaan di konti baru kerana saya sedia maklum bukan satu perkara yang mudah untuk menyesuaikan diri di tempat baru.
"Saya sendiri pernah tersasul menyebut perkara berkaitan tempat kerja lama, apatah lagi dia. Semoga dengan kehadirannya akan terus menyemarakkan kedudukan dan populariti Hot FM kini."
Tini: "Semasa Tini mendapat berita mengenai penyertaannya ke Hot FM, Tini tertunggu-tunggu juga kehadirannya. Semasa dia datang ke pejabat Hot FM beberapa kali, dia nampak mesra biarpun Tini belum kenal dengannya. Kali pertama jumpa di pejabat, dia nampak ok, cuma terserlah gementarnya.
"Selamat datang Kieran, kehadirannya umpama 'abang' baru yang menambah bilangan adik beradik kami di Hot FM. Saya tak sabar untuk berkongsi dan belajar pengalaman bekerja daripadanya. Setiap kehadiran anggota baru, memberi perspektif berbeza buat semua,"
Drama Diluar Drama
|
Saturday, November 1, 2008
Aziz M.Osman Berasa Ditipu
mizan@hmetro. com.my
KUALA LUMPUR: "Bukan salah dia. Dia tertipu..." kata Afida Es yang
mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46,
sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.
Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke
mahkamah syariah dan sudah selesai.
"Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya
masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke
mahkamah syariah, status perkahwinannya batal," katanya yang simpati
dengan nasib anaknya.
Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang
berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.
Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana
kecewa dan berasa ditipu.
"Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah
selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk
mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati
maklumat itu benar.
"Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal
kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah," katanya.
Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz
bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.
"Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia
tetapi belum kesampaian," katanya.
Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid
Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli
Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail
Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.
Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada
9 hingga 20 Mac lalu.
Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di
Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan
menawan hati.
Kontroversi Norman, Abby Dan Memey
|